Sejarah kereta kebal
Sejarah kereta kebal

Sejarah kereta kebal

Sejarah kereta kebal bermula semasa Perang Dunia Pertama, apabila kenderaan tempur semua-permukaan muka bumi pertama kali digunakan sebagai penyelesaian kepada masalah menangani peperangan kubu parit, membawa masuk era peperangan berjentera yang baru. SUngguhpun, pada mulanya tidak matang dan tidak boleh diharapkan, kereta kebal akhirnya membentuk tulang belakang tentera darat. Menjelang Perang Dunia Kedua, reka bentuk kereta kebal telah maju dengan ketara, dan kereta kebal telah mula digunakan dalam bilangan yang besar di kesemua medan perang. Perang Dingin memperlihatkan kebangkitan doktrin kereta kebal moden dan kebangkitan kereta kebal pertempuran utama pelbagai guna. Kereta kebal masih membentuk tulang belakang bagi operasi pertempuran darat pada abad ke-21.